Bahasa Malaysia / English     Bahasa Cina / 中文
             

page 1 of 4 | > | >>

Get to know chinese new village through i-kgbaru.com

Oriental Daily News 15th November 2010

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar Halaman Utama i-kgbaru.com Hasil Karya Yap Foo Choy
 
i-serdang community paper 15-11-2010
 
Bagi mereka yang pernah malayari laman web i-kgbaru.com, pasti tertarik dengan sekeping gambar di halaman utama.
 
Gambar tersebut memaparkan seorang wanita sedang medulang bijih timah di kawasan lombong.
 
Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan laman web i-kgbaru.com pada bulan oktober yang lepas.
 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, telah memilih dan menampilkan gambar ini di halaman utama laman web.
 
Gambar ini merupakan hasil karya Yap Foo Choy yang berasal dari Kampung Baru Seri Kembangan, beliau telah menceburkan diri dalam dunia fotografi ketika bekerja di sebuah syarikat papan ikhlan.
 
Pada tahun 1985, dengan hasil karya seni foto “Mendulang Bijih Timah”, beliau berjaya mendapat pengakuan daripada The Royal Photographic Society Of Great Britain dan dianugerahkan Licentiateship.
 
The Royal Photographic Society atau RPS telah ditubuhkan sejak tahun 1873 dan merupakan sebuah badan fotografi antarabangsa yang berwibawa.
 
Menurut Yap, siri gambar tersebut telah diambil di kawasan-kawasan lombong terbiar di Serdang, Kepong dan Lembah Kinta pada awal tahun 1980-an, termasuk beberapa keping gambar yang diambil di tapak lombong Hong Fatt yang merupakan lombong dedah terbesar di dunia suatu ketika dahulu.
 
Karya beliau telah dipamirkan dalam pamiran tahunan RPS dan disimpan dalam Muzium RPS serta Muzium British.
 
Karya beliau turut dipamirkan di pelbagai tempat, termasuk Shanghai, Taiwan, Singapura dan Johor.
 
i-kgbaru.com Recorded Over 10,000 Hits
 
12-11-2010
 
The internet portal named ‘i-kgbaru’ launched on October 20, 2010 has recorded more than 10,000 hits.
 
According to the visitor tracking system ‘FLAG Counter’, the 10,000 mark was reached on the 22nd day after the web was officially launched.
 
In addition, the latest statistics on November 12, 2010 also shows that there are close to 2,000 unique visitors from 26 different countries have visited the ‘i-kgbaru’ website.
 
Understandably, Malaysian made up the majorities of these unique visitors. 90% or 1,720 visitors are from Malaysia. Second on the list is Singaporean with 54 visitors. The rest includes American (23), Indonesian (15), Taiwanese (15), Japanese (15) and British (11).
 
Other visitors also made up of Australian, Hong Kong, Chinese, New Zealander, Korean, Thais, Canadian, Cambodian, Brunei, Spanish, Irish, Indian, Russian, Germans, Polish, Swedish, Vietnamese, Philippines, and Qatarian. 
 
According to the data, most of these visitors learned about ‘i-kgbaru.com’ through the popular social networking web on Facebook. 

In order to attract more visitors, ‘i-kgbaru.com’ will soon set up its own Facebook membership for easy access and better coverage.

Memuatnaik Maklumat Kampung Bagan Tahun Depan
 
 
Nanyang Siang Pau 8hb Nov 2010
 
Kerajaan Negeri Selangor akan memuatnaik maklumat-maklumat 19 buah kampung bagan di negeri Selangor ke laman web i-kgbaru.com pada tahun hadapan, dengan tujuan memupuk perasaan cintakan kampung halaman di kalangan generasi muda.
 
Menurut Ahli Exco Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, cara demikian dapat membantu penduduk-penduduk kampung bagan terutama generasi muda, mengenali sejarah pembentukan kampung halaman mereka.
 
Ean Yong yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor, berucap demikian di Majlis Perasmian Dewan Orang Ramai di Kampung Simpang Bagan Nakhoda Omar daerah Sabak Bernam.
 
Beliau turut menyatakan, Kerajaan Negeri juga sedang berusaha mengumpul maklumat-maklumat kampung tersusun untuk dimuatnaik ke laman web tersebut. Beliau percaya, usaha demikian dapat mengisi kekosongan sejarah kampung bagan dan kampung tersusun selama ini.
 
Sebelum ini, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah melancarkan laman web i-kgbaru.com pada 20hb Okt 2010. Laman ini bertujuan memperkenalkan wajar sebenar 42 buah kampung baru di negeri Selangor di mata dunia, dan menjadikannya sebagai satu portal komunikasi di antara penduduk tempatan, kerajaan dan pihak yang berkaitan.
 
Di samping itu, Ean Yang berkata, kerajaan negeri amat menitikberatkan pembangunan 8 buah kampung bagan di daerah Sabak Bernam. Sebagai contoh, sebanyak 280 ribu 9000 ringgit telah diperuntukan bagi tujuan pembangunan di Kampung Simpang Bagan Nakhoda Omar bagi dua tahun yang lepas.
 
page 1 of 4 | > | >>
This site is best view with Internet Explorer version 8. Minimum screen resolution of 1024X768 pixel
Copyright © www.i-kgbaru.com Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru Kerajaan Selangor. All Rights Reserved.