Bahasa Malaysia / English     Bahasa Cina / 中文
    Sejarah   Berita   Sekolah/Persatuan   Tarikan  

page 1 of 1

Ringkasan Sejarah Kampung Baru Rasa
Sejarah Pilu Tan Boon Chia Mansion
 
Produksi khas i-kgbaru.com
 
 
Rasa membawa maksud deria rasa dalam bahasa Melayu.
 
Dalam bahasa Cina, ianya adalah kata pindahan terus dari dialek orang Hakka. Pada awal penerokaan Rasa, kebanyakan pendatang Cina yang bekerja sebagai pelombong adalah berketurunan Hui Zhou(Fei Chow) dari Wilayah Guangdong. Tokong Tan Gong yang berusia hampir ratusan tahun merupakan saksi kepada perkembangan sejarah Rasa.
 
Pada permulaan, orang Cina  menyebut Rasa dengan Lak Sa Po. Papan nama  Kelab Kuan Lok ,Rasa yang bersejarah masih memaparkan Lak Sa Po dalam bahasa Cina pada hari ini. Sejarah China turut mencatatkan bahawa sebanyak  20 keluarga dari Hui Zhou telah berhijrah ke Lak Sa Po.
 
Kampung Baru Rasa telah ditubuhkan lebih kurang 120 tahun dahulu.
 
Tokong paling tua iaitu Tokong Dewa Lei Wang dikatakan telah dibina pada tahun 1900 dan kini berusia 110 tahun.
 
Namun begitu, Tokong Dewa Lei Wang menyatakan ianya telah dibina pada tahun 1880. Ada juga yang menyatakan bahawa tokong tersebut telah dibina pada tahun 1903 untuk memberkati Rasa.
 
Walaubagaimanapun, apa yang nyata ialah penemuan  bijih timah pada akhir kuru ke-20 telah menarik ramai pendatang Cina untuk mencari nafkah hidup di Rasa.
 
Pada ketika itu, Rasa, Kuala Kubu Baru dan Serendah merupakn pusat penghasilan bijih timah utama di daerah Ulu Selangor.
 
Rasa telah berubah menjadi satu pekan yang meriah dan makmur menjelang tahun 1900. Jumlah penduduk telah melonjak hingga ke angka 3000 hingga 4000. Perkhidmatan Bas Persekutuan dan laluan keretapi ke Pahang turut disediakan di Rasa.
 
Kebanyakan pelombong di sini terdiri daripada orang Hakka dengan segelintirnya adalah orang Hokkien. Pada zaman kemuncaknya, Rasa mempunyai lebih 20 lombong terbuka dan 5 lombong berkapal korek.
 
Taukeh lombong terkenal pada ketika itu termasuk Tan Boon Chia, Loke Yew dan Cheah Eng Wah.
 
Dalam semua taukeh lombong, Tan Boon Chia merupakan taukeh lombong yang paling berpengaruh di Rasa. Pembinaan Banglo Tan Boon Chia Mansion menjadi mercu tanda Rasa pada ketika itu.
 
Tan Boon Chia berketurunan Hokkien, beliau berasal dari pekan Fong Lai di Wilayah An Xi. Catatan Buku Sejarah An Xi merekodkan bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1892. Beliau telah berhijrah ke Tanah Melayu bersama bapanya pada umur yang masih kecil. Beliau bermula sebagai pekerja lombong dan menjadi taukeh kecil lombong.
 
Beliau kemudian beursaha gigih dan kejayaannya lebih menyerlah berbanding dengan bapanya.
 
Pada peringkat permulaan, beliau telah menambak kawasan lumpur dengan tanah bukit untuk penanaman getah. Beliau kemudian telah mengembangkan perniagaan perlombongan bijih timah hingga dari selangor hingga ke Pahang dan Perak. Perkembangan pesat kedua-dua perniagaan getah dan bijih timah menjadikan beliau  kaya raya.
 
Lantaran itu, keluarga Tan telah membeli ladang getah dengan banyaknya. Selain syarikat berkait penanaman getah, beliau turut menubuhkan syarikat penerokaan dan pemprosesan marble.
 
Beliau juga menjangkakan Rasa akan berkembang lebih pesat berbanding Kuala Lumpur. Oleh itu, dengan umur 26 tahun pada tahun 1918, beliau telah mencari tapak berkeluasan 5 hektar dan mendirikan banglo Tan Boon Chia Mansion yang begitu mewah sekali.
 
Menjelang Perang Dunia Kedua, kezaliman tentera Jepun selama 3 tahun dan 8 bulan telah menyebabkan segala aktiviti perniagaan di Rasa terhenti.  
 
Tan Boon Chia Mansion telah dirampas dan dijadikan sebagai ibupejabat tentera Jepun. Ramai orang Cina dikatakan telah didera, dibunuh dan terus ditanam di belakang mansion.
 
Satu lagi kepercayaan mengatakan bahawa seorang wanita Jepun yang berkahwin dengan orang Cina tempatan telah berjaya menyelamatkan sebilangan besar orang yang tidak bersalah dari dibunuh dengan kebolehannya berkomunikasi dan berunding dengan tentera Jepun.
 
Selepas perang tamat, mansion tersebut telah dipulangkan kepada keluarga Tan. Namun mereka tidak kembali semula ke banglo itu. Penduduk Rasa mengandaikan roh-roh kepada mangsa yang telah dibunuh masih berkeliaran di banglo itu menjadikannya rumah berhantu.
 
Tan Boon Chia telah meninggal dunia pada tahun 1951. Anaknya telah mengambilalih seterusnya memperkasakan lagi harta peninggalan keluarga dan menjadi pengusaha perladangan dan perlombongan yang berwibawa.
 
Sebaliknya, Tan Boon Chia Mansion hanya menjadi kenangan. Banglo tersebut telah terbiar selama setengah abad menjadikannya begitu uzur.
 
Sehingga beberapa tahun kebelakangan ini, Tan Boon Chia Mansion telah diubahsuai semula. Pernah dinyatakan bahawa ia akan dijadikan sebagai bangunan Muzium Kebudayaan  Orang Cina pada satu ketika.
 
Kampung Baru Rasa ditubuhkan pada tahun 1949. Selepas Perang Dunia Kedua, Rasa telah menjadi tempat PKM beraktif. Menjelang zaman Darurat, penjajah British telah membakar rumah-rumah di sekitar Rasa dan memaksa mereka berpindah.
 
Pada ketika itu, pegerakan penduduk dan pengagihan beras kepada penduduk adalah terhad. Penduduk-penduduk kampung terpaksa menggunakan ubi kayu sebagai makanan alternatif  untuk mengisi perut.
 
Semasa Kampung Baru Rasa ditubuhkan, ia mempunyai penduduk seramai 1000 orang. Jumlah itu meningkat kepada 1120 pada tahun 1954, dan 5080 pada 1970. Walaubagaimanapun, jumlah penduduk merudum kepada 4843 pada tahun 1980 dan 2860 orang pada tahun 1995.
 
SJK(C) Rasa adalah satu-satunya sekolah Cina yang masih wujud di Rasa pada hari ini. Ia telah berusia 82 tahun.
 
Pada mulanya, Rasa mempunyai 3 buah sekolah Cina. Sekolah Qiao Nan Guang Zu yang dibina pada tahun 1928 menggunakan bahasa Hakka sebagai bahasa perantaraan. Chong Wen dibina di dalam Tan Boon Chia Mansion pada tahun 1830 yang menggunakan bahasa Hokkien sebagai bahasa perantaraan, manakala Hua Qiao yang ditubuhkan pada tahun 1936 menggunakan bahasa Mandarin.
 
Ketiga-tiga sekolah tersebut telah bergabung dan menubuhkan Sekolah Rendah Cina Rasa pada tahun 1937. Kedudukan sekolah itu kini berada di hujung Pekan Rasa. Ia akan dipindah kerana kerajaan telah meluluskannya di atas sebidang tapak yang lebih luas dan selesa.
 
Pada zaman kemuncaknya, SJK(C) Rasa mempunyai hampir seribu pelajar. Kini ia hanya mempunyai 330 orang pelajar.
 
Berpandu kepada perangkaan, jelas terbukti peratusan penghijrahan keluar penduduk Rasa adalah amat besar. Kejatuhan sektor perlombongan bijih timah pada tahun 1970-an telah mengembalikan Rasa kepada keadaan asalnya yang sunyi dan damai.
 
Pembukaaan Lebuhraya Utara Selatan pada tahun 1990 menyebabkan kenderaan tidak lagi mengambil jalan masuk ke Rasa. Rasa tidak dapat terlepas daripada nasib kemunduran selepas itu.
 
Pada tahun yang sama, nama Kampung Baru Rasa ditukar kepada Kampung Chuang. Namun penduduk tempatan telah biasa dengan sebutan Kampung Baru Rasa.
 
Sehingga beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan perkhidmatan komuter ke Rasa sedikit sebanyat telah merancakkan semula pembangunan dengan pembangunan taman-taman perumahan dan kilang-kilang.
 
Hari ini, Rasa adalah jauh lebih mundur berbanding dengan pekan-pekan sekitar bandar Kuala Lumpur.
 
Jangkaan Tan Boon Chia berkenaan potensi pembangunan Rasa pada zamannya telah hancur sama sekali. Sejarah Tan Boon Chia Mansion hanyalah keluhan dan kenangan.
 
Panduan ke Kampung Baru Rasa:
 
1.Dari arah Kuala Lumpur dengan jarak 53km.
 
2.Dari arah Rawang dengan jarak 26km.
 
page 1 of 1
This site is best view with Internet Explorer version 8. Minimum screen resolution of 1024X768 pixel
Copyright © www.i-kgbaru.com Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru Kerajaan Selangor. All Rights Reserved.